welcome

Pages

kalender kelas

Cuteki free cards

jam kelas

Powered by Blogger.

Friday 27 April 2012

ayu mec

assalamualaikum...hai semua..nie ayu..bru arynie dpt  update coz xde wifi kat umah..huhu...recently dpt jdi public speaking..so,quite nervous about it..wish me luck derrrrrrrr.hope troskn  watch ktowg pnye blog even cam xde pngikot pon..huhu





























;0:).


































;0
Read more...
separador

Monday 6 February 2012

pembantu bahasa inggeris

assalamualaikum~
kawan-kawan,sekolah naz ada guru pembantu.cikgu ni berbangsa inggeris.waa,macam tak percaya kan.nama dia quentin johnson.umur dalam lingkungan 20 an.herm,cikgu ni tak ajar pun tingkatan naz sebab kami nak periksa.1.2.2012 sekolah buat majlis kecil-kecilan untuk sambut kedatangan cikgu ni.dari segi pemerhatian naz,cikgu ni seorang yang ceria sebab dia selalu gelak masa majlis tu.

c-lokman tegur cikgu ni selamber je.he3,muka diorang dah la nak sama.macam adik-beradik gitu~aliff pun sama.tersengih-sengih.apa la yang diorang sembang uh.erm,buat masa ni naz tak terserempak lagi dengan mr Q tapi masa psatuan sains, naz dengan loqman terpinjam gunting dia.tatau la dia marah ke tak kitorang pinjam tanpa kebenaran.he3,masa tu tak ada gunting.lokman pergi ambil je.rasa bersalah pun ada ni.layan je la.nak cepat siap~

teacher cerita pasal mr Q.golongan dia ni tak suka dan tak berani pakai baju lebih daripada 3 warna.kalau dirang pakai juga mesti nampak macam'waa,u r soo funny in that clothes' lebiy kurang macam kita lah.kalau tak pernsh-pernah buat something yang pelik mesti macam waw..gila berani kau.hik3,okay...banyak betul naz membebel hari ni.i've to pen off now! gudnite
Read more...
separador

salam maulidurrasul~

assalamualaikum~
naz nak ucapkan selamat hari maulidurrasul kepada semua kawan-kawan.ini second entry naz kalau tak silap. ayu tak sempat nak update begitu juga naz.psstt,naz sibuk update blog lagi satu.he3,nampak kosong je kalau kawan-kawan tengok dekat blog ni.okay,kalau tak ada apa-apa nanti naz akan start m'update blog ni.sawang pun nak kena buang.sapu sikit-sikit baru tak bersin.baiklah..sempena hari maulud nabi ni,mari kita hayati sedikit sebanyak tentang nabi kita muhammad s.aw.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arabنبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagaikhalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di MakkahArab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orangYahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa danNabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.



Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepadaAbdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah RuqayyahZainabUmmu Kalsum danFatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

  • Al-Harith bin Abdul Muthalib
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib
  • Zubair bin Abdul Muthalib
  • Hamzah bin Abdul Muthalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
  • Hijl bin Abdul Muthalib
  • Dzirar bin Abdul Muthalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
  • Safiyah binti Abdul Muthalib
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib
  • Arwa binti Abdul Muthalib
  • Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira,Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.


kawan-kawan,sekarang mari kita luangkan sedikit masa untuk berselawat keatas nabi kita muhammad s.a.w


okay,sampai disini saja.panjang umur kita jumpa lagi.banyak-banyak la berselawat.insyaallah ,seluruh isi alam akan turut berselawat untuk kesejahteraan kita semua.tapi ingat,kita perlu berselawat sepanjang masa.bukan hanya sewaku maulud nabi.pada waktu-waktu lain juga kita boleh berbuat demikian.



Read more...
separador

Friday 11 November 2011

hai..erm,nie fisrt time wat blog...xde lha bahagia cngat pon..perasaan nye biase je..tpi na wat nye lame na mninggal...spesial thank for naz awan biru n atok yg mnjdi kmbing hitam for our securty question..hahaha
Read more...
separador
assalamualaikum...selamat datang ke blog kami...ni blog ayu dan nazirah..he3,follow la yek blog ne..sayang korang...
Read more...
separador

:)


ketua kelas

Followers